Followers

Saturday, March 5, 2011

21

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi ini merupakan nasihat yang baik untuk dibaca! Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya.

PERTAMA
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting apabila usia semakin tua.

KETIGA
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.

KEEMPAT
Apabila kamu berkata, “ Aku Cinta Padamu”, maka tunaikanlah.

KELIMA
Apabila anda mengatakan, “Maaf”, tenunglah matanya.

KEENAM
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya, “Kenapa anda ingin tahu?”

KEEMPATBELAS
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS
Ucaplah “Semoga anda diberkati” apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS
Berpeganglah kepada tiga R:
-Rasa hormat pada diri sendiri.
-Rasa hormat kepada orang lain.
-Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda.

KELAPANBELAS
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUHSATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian. Jadi bersendirian lah buat sementara..
Semoga dimanfaatkan :)

Monday, February 28, 2011

28/2/2011

Happy 1 year and 3 months sayang.
28/11/2009 we start. 
and here we are
28/2/2011.
hope tarikh ini kekal smpi bila2 sayang.

Everyday I love you sayang. 
Never ever forget that you are mine ^__^
Act like one owkeh. 

Truly, 
Afiq Abd Rahman.


nota kaki :
haram u tak wish i. i col 12 a.m tepat. u bole nak badmood grr! lepas tuh letak awal pulak tuh.

Monday, February 21, 2011

orang kata aku seorang yg ceria. 
sebenarnya tak, aku ni jenis yg suka menangis sorg2 dlm bilik bila ada masalah.


orang kata aku ni berprinsip.
sebenarnya tak, aku ni suke memberi dan menerima apa sahaja org bg dan buat.


orang kata aku ni pandai buat keputusan.
sebenarnya tak, aku tak pandai buat keputusan. aku ni bodoh.


orang kata aku ni pandai berkata-kata.
sebenarnya tak, aku lebih banyak melukakan hati org drpd buat dorg faham ap yg disampaikan.


orang kata aku ni pandai.
sebenarnya tak, aku ni serba serbi bodoh.


orang kata aku ni suka mengambil risiko.
sebenarnya tak, aku ni penakut.


orang kata aku ni hipokrit.
sebenarnya tak, aku ni cakap ape aku rasa and apa aku nak. aku tak ckp belakang.


orang kata aku pandai amik hati.
sebenarnya menghancurkan hati, bukan mengambil hati.


apa yg aku ada? tiada apa2. 
gagal dlm pelajaran? itu saya.
gagal dlm bercinta? itu saya.
gagal dlm keluarga? itu saya
gagal dlm berpersatuan? itu saya.
gagal dlm perjuangan? itu saya.
gagal dlm.... serba seribi saya.


jangan tanya lg, jangan cakap lg.
semuanya saya. 


jangan mengharapkan penerangan dr saya kenape, ape dan mengape saya buat itu dan ini. 
saya tak boleh bgtau. sbb saya tak reti. saya tak pandai.