Followers

Monday, February 28, 2011

28/2/2011

Happy 1 year and 3 months sayang.
28/11/2009 we start. 
and here we are
28/2/2011.
hope tarikh ini kekal smpi bila2 sayang.

Everyday I love you sayang. 
Never ever forget that you are mine ^__^
Act like one owkeh. 

Truly, 
Afiq Abd Rahman.


nota kaki :
haram u tak wish i. i col 12 a.m tepat. u bole nak badmood grr! lepas tuh letak awal pulak tuh.

Monday, February 21, 2011

orang kata aku seorang yg ceria. 
sebenarnya tak, aku ni jenis yg suka menangis sorg2 dlm bilik bila ada masalah.


orang kata aku ni berprinsip.
sebenarnya tak, aku ni suke memberi dan menerima apa sahaja org bg dan buat.


orang kata aku ni pandai buat keputusan.
sebenarnya tak, aku tak pandai buat keputusan. aku ni bodoh.


orang kata aku ni pandai berkata-kata.
sebenarnya tak, aku lebih banyak melukakan hati org drpd buat dorg faham ap yg disampaikan.


orang kata aku ni pandai.
sebenarnya tak, aku ni serba serbi bodoh.


orang kata aku ni suka mengambil risiko.
sebenarnya tak, aku ni penakut.


orang kata aku ni hipokrit.
sebenarnya tak, aku ni cakap ape aku rasa and apa aku nak. aku tak ckp belakang.


orang kata aku pandai amik hati.
sebenarnya menghancurkan hati, bukan mengambil hati.


apa yg aku ada? tiada apa2. 
gagal dlm pelajaran? itu saya.
gagal dlm bercinta? itu saya.
gagal dlm keluarga? itu saya
gagal dlm berpersatuan? itu saya.
gagal dlm perjuangan? itu saya.
gagal dlm.... serba seribi saya.


jangan tanya lg, jangan cakap lg.
semuanya saya. 


jangan mengharapkan penerangan dr saya kenape, ape dan mengape saya buat itu dan ini. 
saya tak boleh bgtau. sbb saya tak reti. saya tak pandai. 

Sunday, February 20, 2011

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
 

kusebut namamu
disetiap doaku
bangkitkan setiap 
kenangan tentangmu
yangku dapat 
hanyalah bayangmu

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana

 

Uuu…

 Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

.....
Dalam harapan ...uuuu

Saturday, February 19, 2011

Pantang-larang

Bukan mudah untuk membina hubungan yang terus bahagia. Kadang-kadang pertanyaan dan jawapan membawa padah kepada si pasangan. Jadi, hati-hatilah soal apa yang harus dan tidak harus diceritakan kepada pasangan anda. Ada beberapa petua yang perlu kita tahu:


  • Jangan buat lelaki patah semangat terhadap pekerjaannya. Sebaliknya cubalah membantu
  • Jangan halang aktiviti yang teman lelaki suka. Sebaliknya tunjukkan minat dan sokongan selagi aktiviti itu tidak menyalahi undang-undang 
  • Janganlah hendak diperbesarkan jika pendapatan anda melebihinya. Boleh menyinggung perasaan dia.
  • Jangan membandingkan dia dulu dengan sekarang.
  • Jangan benci ibunya.
  • Jika ilmu anda lebih darinya, janganlah cuba mengajarnya melainkan dia ingin belajar dari anda.
  • Jangan cerita tentang keburukan kawan baik lelaki itu. Kawan penting bagi lelaki.
  • Jangan cerita tentang ada lelaki lain menyukai anda atau ingin mengenali anda. Pantang sekali.
  • Kadang-kadang cerita tentang kawan lelaki anda membuat dia cemburu dan kurang senang. Oleh itu, kurang-kurangkanlah cerita sebegitu.
  • Perkataan cerai atau putus. Memang satu perkataan yang lelaki tidak boleh dengar. Eloklah anda hindarkan.
  • Jangan cerita tentang keburukan pasangan anda. Lelaki juga sensitif. .
  • Jangan bercakap ketika lelaki sedang marah atau menerangkan sesuatu. Sebaliknya cubalah dengar walaupun tidak enak. Kerana lelaki akan mendengar orang yang mendengar katanya, dan melawan orang yang melawan katanya.
  • Jangan terlalu bersangka buruk terhadap lelaki. Berwaspada itu penting, tetapi sehingga merimaskan lelaki sepatutnya dieelakkan.
  • Jangan melarikan diri dari masalah, seperti memutuskan perhubungan ketika sedang berbual di telefon, kerana langkah itu sangat dibenci lelaki
  • Jangan bersikap terlalu keanak-anakkan sehingga merimaskan pasangan anda.
  • Jangan diungkit kisah lama, elok dihindarkan.
  • Jangan dibakar lelaki yang panas baran, sebaiknya kawallah perasaan anda dan suara jika berhadapan dengan lelaki yang panas baran. Ini akan dapat menyejukkan hati si dia kembali.
  • Jangan sebut tentang bekas teman lelaki anda. Pantang datuk nenek dia.




Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.

Thursday, February 10, 2011

Statistic for Managers :'(

hmm. pertama kali aku luahkan perasaan aku pasal paper exam kat sini. 

Subject : Statistic For Managers
Code : BST 1034
Lecturer : **h M** Li**

pertama sekali, yang aku risau kan sbb paper ni susah sgt sgt sgt bg aku. kecuali mereka yang pandai maths or minat maths. aku ada masalah maths sejak form 4 lg. iaitu add maths. maths modern takpe aku boleh. add maths, statistic, hurmmm aku bukan tak minat tapi aku cepat bosan or boring kalau menda2 yg sama je memanjang. i need either theory, theory and calculations. not calculations all the time. aku tak boleh.

keduanya, demi Allah aku tak faham 1 ape pun pasal statistic. kelas pergi, tutor pergi. tp jasad je. roh xde. sbbnye lecturer ajar terlalu laju. 2 jam = 1 chapter. abis. 

ketiga, aku takut sangat2. aku takut, aku risau. yg aku tak lepas. kalau tak lepas 1 hal. duit ptptn aku tak dapat. itu masalah besar bg aku. aku perlukan 8K drpd ptptn tuh utk bayar 1st sem, 2nd year nanti. hurmm ya Allah mana aku nak carik duit. aku perlukan duit.

keempat, bukan aku xde self esteem. tp aku mmg lemah kalau maths, lembik bumi terbayang wajah ibu ayah. bg lah subject laen, kalau boleh jgn maths. bg la english, critical thinking, knowledge management, computer, programming, business, management, macro, micro. aku boleh handle, tp jgnlah add maths, statistic ke ape.

kelima, ditambah2 pulak dgn lecturer ni. hurmm haru budak2 melayu dalam kelas abis sume markah ditibai rendah nak mampos. markah puak2 dia. mak aih. 30-49/50 je. kalau budak melayu, 20-30/50 je. kalau melayu mcm aku, takpelah aku tau la. tp mcm mane org yg aku kenal? bijak maths?? yg lecturer panggil depan buat soalan dia tibai mcm xde ape soalan tuh, tp markah mcm ni? 

keenam, ni aku tgh buat degree. bukan diploma, bukan foundation. aku tanak degree aku dicemari. so aku buat sebaik mgkin utk 1st sem aku. Alhamdulillah, aku pas sume dgn pointer 2.**. tp 2nd sem? aku rasa pointer turun sgt2.

aku harap, paper programming atau econs aku leh tapau paper maths ni. so kalau 3 subjects, atleast 1 dapat B-, 1 lg C, pointer dah 2 keatas. as long aku dapat duit ptptn cukuplah aku tak mintak lain. maths belakang cerita. tp kalau 2-2 paper tuh mcm *****, maths lg fail.........


mcm mane aku nak jawab? 





Friday, February 4, 2011

LOL!


Aku mmg tak belajar fizik, kimia dan biologi. tp xdelah smpi ke tahap nak menganjing guru or lecturer smpi ke tahap mcm ni. hahahaha pecah perut dibuatnye. mcm bg aku idea nak jawab ape dlm exam nanti. mampos aku nanti.

ape2 pun enjoy ye. and doakan saya lepas utk 1st year, 2nd sem final examination yg akan berlangsung pada 7, 8, dan 10 Februari 2011. Amin.








Tuesday, February 1, 2011

Nukilan TGNA

  1. Mesir dikenali bukan kerana piramidnya. Ini kerana binaan yang menakjubkan bukan sahaja wujud di Mesir, tetapi juga di Indonesia dengan Candi Borobudur, di China dengan Tembok Besar, Patung Zues di Olimpia, Greek dan banyak lagi binaan-binaan lain di seluruh dunia. Bukanlah kemuliaan dan kehebatan Mesir di kehebatan binaan piramidnya yang lebih merupakan lambing kezaliman penguasa terdahulu terhadap rakyatnya di zaman tersebut.
  2. Sesungguhnya kehebatan Mesir ialah kerana Universiti al-Azhar yang diasaskan pada tahun 970M. Itulah hebatnya Mesir. Bumi anbiya’ yang dipilih Allah SWT untuk menjadi tuan rumah kepada universiti tertua di dunia ini telah melahirkan generasi ulama terbilang yang bertebaran menyebarkan ilmu ke serata dunia. Atas kemuliaan ini, pemimpin Mesir sewajarnya terdiri daripada mereka yang mempunyai komitmen dengan Islam.
  3. Sayangnya, Mesir hari ini ditadbir oleh rejim diktator yang sedikitpun tidak mencerminkan kemuliaan Universiti al-Azhar. Lihatlah bagaimana Syed Qutb telah dibunuh dengan kejam hanya kerana menulis kitab Maalim fit Tariq dan tafsir Fil Zilal al-Quran. Sekalipun dibunuh atas tuduhan memberontak, beliau tetap dipuji oleh ulama-ulama terkemudian seperti Syeikh Mutawalli Sya’rawi dan Dr. Zaghloul Najjar. Kedua-dua ulama ini setiap kali menyebut nama Syed Qutb pasti akan diikuti denganrahimahullah rahmatan wasiatan (semoga Allah merahmatinya dengan rahmat yang luas).
  4. Kezaliman rejim Hosni Mubarak di Mesir terbukti dengan kemenangan besarnya yang dicemari dengan penyelewengan besar-besaran setiap kali diadakan pilihanraya. Kemenangannya yang mencapai 99% merupakan hasil demokrasi tempang dan cacat. Di dalam masa yang sama, rejim inilah yang menangkap ribuan pimpinan Ikhwanul Muslimin bagi menghalang mereka bertanding di dalam pilihanraya. Jika benar Hosni Mubarak menang besar di dalam pilihanraya dengan sokongan rakyat, dari mana datangnya penunjuk perasaan yang berjumlah ratusan ribu pada hari ini?
  5. Rejim inilah juga yang menghulurkan tangan persahabatan dengan Israel pada saat Israel dikutuk di seluruh dunia kerana menzalimi rakyat Palestin. Mereka menidakkan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa al-Azhar pada 18 Jamadil Awwal 1375H bersamaan 2 Januari 1956M yang mengharamkan sebarang bentuk kerjasama dengan negara haram Israel. Di antara mereka yang bersidang pada hari itu ialah Syaikh Isa Manun, Dekan Fakulti Syariah dari Mazhab Syafi'i, Syaikh Mahmoud Shaltout, dari Mazhab Hanafi, Sheikh Mohamed Thaneikhi, Pengarah Badan Dakwah dan Bimbingan Keagamaan, dari mazhab Maliki, Syaikh Muhammad Abdul Lathif As-Subki, Pengarah Penyelidikan Universiti Al-Azhar dari mazhab Hanbali dan Syaikh Zakaria Al-Birri, Bahagian Jawatankuasa Fatwa.
  6. Sesungguhnya tangan Hosni Mubarak ialah tangan berlumuran dengan darah rakyat Palestin. Kekuasaannya tegak di atas susunan tulang tulang para ulama yang dikorbankan demi untuk memenuhi tuntutan hawa nafsunya. Hari ini, tindakan paling tidak demokratik telah dilaksanakan dengan menutup semua akses internet dan talian telefon semata-mata untuk membendung kebangkitan rakyat.
  7. Dalam hal ini, saya menyetujui pandangan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi supaya Hosni Mubarak meletakkan jawatan dan akur dengan kehendak rakyat Mesir demi kebaikan rakyat Mesir dan umat Islam keseluruhannya. Semoga Allah SWT akan menaikkan penguasa yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat dan Islam khususnya membela nasih umat Islam di tanah yang bersempadan dengan Mesir iaitu Palestin. Padanlah kalau pihak yang kecut perut sekarang ini dengan perkembangan yang berlaku ialah Israel.

Sekian, wasalam.

Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan merangkap al-Mursyidul Am PAS.

Bertarikh : 27 Safar 1432H bersamaan 1 Februari 2011M

ASSALAMUALAIKUM..

Minta jasa baik semua yang berada di Malaysia,
Tolong, tolong, tolong, sebarkan pada semua.
Tingkatkan kesedaran.
Rakyat Malaysia di Egypt perlukan bantuan kerajaan.
Secepat mungkin.
Keadaan di Egypt adalah lebih buruk dari yg anda semua tahu.

Kami lihat, media utama di Malaysia tidak ketengahkan langsung hal Egypt.
Kata TPM, "Pelajar Malaysia selamat, tidak perlu dibawa pulang."

Please, jangan bergantung pada media tempatan dah.
Go online, bukak BBC, Al-Jazeera.
BUKA MATA, banyak lagi penting dari hal pilihanraya Tenang tu.

Kenapa, kenapa, student abroad je yg banyak sebarkan hal ni???
Lepas tu, keluarga pelajar Egypt yg kt Malaysia je risau.
Korang tak risau ke?
Tolong la, aku merayu ni.

Okay, wanna know the truth???

Airport di Alexandria dah tak boleh pakai.
Balai polis di sekitar Mansoura dan Alexandria dah dipecah.
Angkatan polis diarahkan untuk tidak mengawal, kononnya untuk susahkan lagi protes.
Penjara-penjara, yes, PLURAL, di sekitar Egypt dah dipecah masuk; lebih 6000 banduan terlepas di jalan-jalan Egypt.
Pelajar2 perempuan terpaksa bergantung dengan pelajar2 lelaki untuk mengawal rumah mereka.
Aduh, tak boleh tidur aku malam ni, menunggu updates dari Egypt.
Korang, please. Aku merayu ni. Sama2 kita tolong. InshaAllah, semua akan selamat.





and you. yang sedang membaca. please copy and paste entry ini di blog, di facebook, di twitter in everywhere social network you have. spread it please.
thank you. :'(