Followers

Friday, January 28, 2011

too much

Terlalu.....

1.Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat sekitar kaki menjadi kembang.

2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat.

4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah.

5.. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh!

6. Terlalu banyak ketawa /gembira - merosakkan usus.

7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut.

9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.

10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah
jantung.

12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami.

13. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.

14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan menjadi lembik. Berat badan meningkat.
Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda.

15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, -> kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif .

16. TERLALU BYK FACEBOOK!!! -  merosakkan sembahyang sbb time2 tuh la nak online facebook.

17. Terlalu banyak baca e-mail - nanti bos marah. sbb keje byk tak siap!

T__T

A bf gave a challenge to his gf to live a day without him.

No communication at all and said if she passed it he'll love her forever. The gf agreed.

She did not text or call him the whole day without knowing that her bf has only 24 hours to live because he's suffering from cancer.

She excitedly went to her bf house the next day. Tears fall as she saw his bf lying on the coffin with a note on the side.

"You did it baby, can you do it everyday? I LOVE YOU".

pepagi da wat aku sentap.

28/1/2011

Selamat menyambut hari ke 425 :)

28/11/2009. 
Lamaran melalui Facebook. 
tak pernah dibuat orang.
kita dah buat dulu taw.

Semoga semuanya bertambah lebih baik dan seperti biasa. 
InsyaAllah.



p/s : I love you Nur Syafiqah.

Wednesday, January 26, 2011

10 Things I Hate About You

I hate the way you talk to me, and the way you disobey me.


I hate it when you stare and the way you read my mind.


I hate you so much, it makes me sick, it even makes me rhyme.


I hate it,
I hate the way you're always right.


I hate it when you lie.


I hate it when you makes me laugh, even worse you makes me cry.


I hate it when you're not around,
and the fact that you didn't call.


But mostly, I hate the way I don't hate you,


Not even close,
not even a bit,
not even at all.





Sunday, January 23, 2011

Cara atau Tips Memikat Lelaki..



  1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan si dia.
  2. Berwatakan menarik (Personaliti yang mampu mengugat hatinya).
  3. Jujur dan sentiasa merendah diri.
  4. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tak suka.
  5. Mempunyai bentuk badan yang menarik dan melentik (terpulang kepada individu).
  6. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
  7. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada disamping lelaki yang anda minati.
  8. Jangan terlalu mengongkong dan sangat bergantung kepada lelaki.
  9. Lelaki juga perlu wanita yang pandai berdikari. Tetapi jika dia sudi menolong apa salahnya. Tetapi jangan memaksa dan selalu sehingga menyusahkan si dia.
  10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
  11. Jaga cara pemakaian anda,seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
  12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati sebagai rancangan pertama memikat dirinya.
  13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renung matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan beerti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
  15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
  16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  17. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
  18. Jangan sesekali memperbandingkan dia dengan sesiapa sahaja. Lelaki cukup pantang dalam hal ini!
  19. Jangan cuba untuk dipikat dengan cara2 diatas. kami adalah lelaki!!! we know dear... !!!love u gals...

Wednesday, January 19, 2011

Ayah

post terbaru ini ditujukan khas kepada ayah saya. Abd Rahman bin Hussain. 

ayah, jaga2 lah kesihatan ayah tu. ayah kene igt, anak2 ayah masih belajar lg. afiq kat sini teramat lah risaukan keadaan ayah. 

ayah, sekarang ni dah 2 kali ayah masuk hospital. pertama kali ayah masuk sbb tekak. kali 2 ni ayah masuk sbb saluran jantung ayah tersumbat. lepas ni ape pulak.

ayah, kurang2 kan lah hisap rokok tuh. afiq tau ayah hisap dah lame. afiq belum wujud lg kat dunia ni ayah dah merokok. old habits stay hard i know. tp cubalah ayah. ayah dah terlalu byk penyakit drpd keturunan. kemudian akan turun ke afiq pulak. 

ayah merupakan salah seorang role model dlm hidup afiq. walaupun hidup tak mewah, hanya sederhana, tp ayah berjaya membesarkan kami berempat. 2 drpdnya sudah melanjutkan pelajaran. ayah berjaya memberi perlindungan yg berupa rumah seakan-akan banglo, di tanah sendiri, ayah berjaya menyediakan kereta dan motor utk keluarga dan anak2 ayah. sesungguhnya pengorbanan seorang ayah itu, walaupun tidak nmpk, tetapi jika difikirkan amat besar sekali pengorbanan seorang ayah.

ayah. afiq sayang ayah sgt2. maafkan afiq jika ada salah silap. afiq doakan yg terbaik sahaja utk ibu bapa afiq. afiq harap ayah sihat seperti sediakala. tidak dapat afiq bayangkan jika salah seorang tiada di dunia ini lg. 

izinkan afiq melihat senyuman ayah.

Monday, January 17, 2011

Lawak P.A.G.I

Kisah terjadi sewaktu Majlis akad nikah. Majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu.
Ramai orang duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki.
Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam ini.
Jadi masa bersila tu. Aku pun mengesot sikit-sikit untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya.

Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kena sembahyang,
dengan lajunye mamat pengantin tu jawab “ lima ”.
Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecil-kecil lagi.
Tok kadi pun angguk lah, jadi aku rasa jawapan tu ok lah kut.

Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik,
jeling kiri, jeling kanan, mula tengok syiling. Aku rasa macam nak tolong
saja mamat pengantin tu…bukannya susah, jawapannya anjing dengan bab* saja,..
tapi mamat tu dah mula berpeluk jantan keluar kat dahi….tok kadi mula senyum..
tiba-tiba majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis
tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman .

Aku pegang mata aku, penuh dengan air mata,yang
aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar
kat pengantin tu keadaan senyap sunyi….tapi bila pengantin
tu jawap “Taik Gajah” suasana jadi hingar bingar dengan
gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control
macamana …taik gajah… besar betul..
lebih2 lagi bila gajah makan durian.

Syair Ahlul Bait





Syair ini daripada YM Tuan Guru Haji Md. Radzi Bin Haji Hanafi Al-Qadhi, seperti mana disampaikan kepada beliau oleh ayahanda beliau, Almarhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad.
Syair ini diamalkan secara harian di mana sekiranya terdapat wabak yang menular, hendaklah dibaca dan diusap ke bahagian kepala ahli keluarga. Bacaannya bukan seperti membaca doa tetapi ianya dibaca berbentuk Syair Ahlul Bait.
Daripada:
YM Tuan Guru Haji Md. Radzi Bin Haji Hanafi Al-Qadhi
Presiden Merangkap Guru Utama
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia
9 Ogos 2009


sumber: www.silatcekakhanafi.org
menangis sajalah. tiada apa yg perlu dimalukan. kunci pintu, melalak la puas2.

Saturday, January 8, 2011

Petua Menangani HANTU

Hantu Pocong
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari  kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya.Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak pakai apa- apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.

Hantu Langsuir
Dia suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tidak pun tunjuk cermin muka pada hantu ini. Pasti dia tersipu-sipu malu.

Hantu Pontianak
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia takut.

Hantu Galah
Hantu ini yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tidak perasan kita ada di situ.

Hantu Jerangkung
Dia ada kulit tetapi nipis. Tinggal rangka saja dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.