Followers

Tuesday, March 6, 2012

:)

Psst. 
Pass exam sem 2, 2010/2011
5 subjects
havent reached 3 yet.
but still puas hati sbb agak susah kot. all C+ and B+


Alhamdulillah. thank you Allah
Thank you ibu, ayah, yayang, lecturer-lecturer, kawan-kawan.

Friday, March 2, 2012

‎*I smiled reading this, seriously* :D

PERNAHKAH...
Saat kau duduk santai dan menikmati harimu, tiba-tiba kamu terfikirkan ingin berbuat sesuatu kebaikan untuk seseorang?

Itu Adalah Allah...
Yang sedang berbicara denganmu dan mengetuk hatimu
(QS 4:114 , 2:195 , 28:77)

PERNAHKAH...
Saat kau sedang sedih... kecewa... tetapi tidak ada orang di sekitarmu yang dapat kau jadikan tempat curahan hati?

Itulah saatnya di mana Allah .. Sedang rindu padamu dan ingin
agar kamu berbicara padaNYA
(QS 12:86)

PERNAHKAH...
Kamu tanpa sengaja memikirkan seseorang yang sudah lama tidak bertemu dan tiba-tiba orang tersebut muncul atau kamu bertemu dengannya atau menerima panggilan telefon atau message darinya?

Itu adalah Kuasa Allah yang sedang menghiburmu. Tidak ada namanya kebetulan
(QS 3:190-191)

PERNAHKAH...
Kamu mengharapkan sesuatu yang tidak terduga... yang selama ini kamu inginkan... tapi rasanya sulit untuk didapatkan?

Itu adalah Allah...
Yang mengetahui dan mendengar suara batinmu... Dan hasil dari kebaikan yang kamu taburkan sebelumnya
(QS 65:2-3)

PERNAHKAH...
Kau berada dalam situasi yang buntu... semua terasa begitu payah... begitu tidak menyenangkan... hambar... kosong... bahkan menakutkan...?

Itu adalah saat di mana Allah mengijinkan kamu diuji, supaya kamu menyedari KeberadaanNYA. Dan Allah ingin mendengar rintihan dan doamu. Karena Dia tahu kamu sudah mulai melupakanNYA dalam kesenangan
(QS 47:31 , 32:21)

Sering Allah mendemonstrasikan KASIH dan KUASANYA di dalam keadaan, di mana saat manusia merasa dirinya tak mampu.

Apakah kau fikir tulisan ini hanya kebetulan terkirim padamu...?

TIDAK! Sekali lagi TIDAK ada yang kebetulan...

Beberapa minit ini tenangkanlah dirimu...

Rasakan kehadiran-Nya...

Dengarkan suara-Nya yang berkata:

"Jangan Khawatir ,AKU ada disini bersamamu..!"
(QS 2:214 , 2:186, 50:16)

Wednesday, February 29, 2012

Lagi-lagi politik

Amaran : Post ini mengandungi pendapat peribadi seorang rakyat Malaysia. Jika anda cepat panas hati, one-sided atau seorang penyokong parti/pemimpin yang tegar, dipersilakan menjimatkan masa anda dengan tidak membaca post ini. Terima kasih.

Malaysia, atau dikenali sbg Malaya di suatu ketika dahulu, adalah tempat aku dilahirkan dan ........ fuck this formal shit. 

Ok la, baru2 ni, kecoh pasal isu Lynas. menatang mende Lynas ni? entah. yg aku tau, Lynas Malaysia Sdn. Bhd nak bukak 1 kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang, atau bahase inggerisnya, rare earth. menatang mende lak rare earth ni? malas lak aku nak cter, yg aku tau ianya digunakan dlm barang2 teknologi canggih ni seperti handphone nokia 3310 (ini tipu). baca sendiri k kat sini, artikel oleh National Geographic.

Senang cter, mende ni dipolitikkan di Malaysia gila-gila la. dlm parlimen gaduh pasal mende ni je, bukan nak cter pasal lembu kene curik ke, kabel TNB hilang ke. takde pun. pasal mende ni. dipolitikkan tak salah tp dipolitikkan lebih drpd yg sepatutnya bg aku salah.

bak kate Presiden Pas, Tok Guru Haji Hadi Awang : kalau nak tau ilmu getah, jgn tnye dgn org pakar kelapa sawit. tapi bila pakar nuklear sendiri, YB Dr. Rosli Che Mat beri pandangan dan bersetuju dgn projek ni (Ahli Pas), kenapa masih ramai tak bersetuju? sebab musababnya sbb yg kurang bijak oleh kerajaan tercinta ini. apekah ia? 

1. keputusan dibuat tanpa pengetahuan rakyat terutamanya rakyat negeri Pahang sendiri dan tiada kajian dijalankan dahulu.
2. Lynas cuma memberi 350 tempat kerja kpd rakyat Malaysia, yg bg aku sgt2 tidak berbaloi dan tidak memberi ape2 kesan thdp ekonomi Malaysia.
3. Lynas untung berbilion-bilion ringgit. kenapa terlalu bodoh dan memberi pengecualian cukai selama 12 tahun? mcm mana Malaysia punya ekonomi nak berkembang? eeee bodohnye.
4. Jarak kilang adalah 2KM sahaja drpd kawasan perumahan. kalau nak ikotkan kes kat Jepun tuh kan, area yg terlibat (diubahsuai kpd peta Malaysia) adalah sehingga Kuantan, Gambang, Cherating even Kemaman kat Terengganu pun kene tempias yg melibatkan 650 ribu rakyat Malaysia. padahal syarat yg ditetapkan oleh Australia adalah 35KM dr kawasan penempatan. 
5. pikir sendiri, semua dah besar panjang.

Effect kilang ni kpd masyarakat setempat : 

1. Nilai tanah di Kuantan dan Kemaman akan jatuh dan menjadi useless. sape nak duduk tepi kilang radioaktif? dah gila? skrg ni pun kalau tgok dah ramai org jual tanah masing2
2. Sektor pelancongan Cherating akan terjejas.
3. Pelabur tamau melabur sbb ancaman radioaktif. Risiko terlalu tinggi. 

Tolak Lynas bermakna kita dapat membendung kes seperti di Bukit Merah ketika di zaman Mahathir dimana berlaku 8 kes luekemia dan 7 kematian. dan pembersihan sisa2 toksik masih dijalankan walaupun setelah 20 tahun berlaku dan menelan belanja hampir RM 300 juta. kan bagus kalau bg org susah mcm aku RM 300 juta tu. kan kan kan?

Dan bg aku dgn sbb2 yg aku beri kat atas tuh, projek Lynas ni jgnlah dijalankan sbb risiko nya terlalu tinggi utk bergenerasi. nak ke dpt anak cacat? melainkan syarat 35KM drpd kawasan perumahan dan cukai dikenakan, buatlah. kalau tak berlaku, sebagai rakyat Malaysia, tentanglah habis-habisan, ok? Ini adalah utk kebaikkan bersama. 

Terima kasih kepada yg sudi membaca.