Followers

Tuesday, September 3, 2013

Menuju Wawasan 20¢20¢

Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Malaysia.

Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.

Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta.

Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling.

Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp.Kerjanya keluar pagi balik dinihari.

Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?

Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.

Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.

Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.

Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.

Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.

Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.

Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?

Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.Kerana aku taknak hilang perikemanusiaan.


Karya R.A

p/s: minyak naik > inflasi naik > harga barang naik. simple economy method.  hujan yang turun pun disejat semula (naik) ke langit, kemudian dicurahkan kembali menjadi hujan. gaji je tak naik2 smpi kesudah, apa yang hendak dibeli? apa yang hendak disuap ke mulut keluarga? mengharap BRIM? smlm dah dapat. (Berebut Rakyat Isi Minyak). 

Tuesday, June 11, 2013

Itulah mengapa Allah menyebutkan pada lelaki lebih kuat akalnya berbanding seorang wanita. Dan itulah sebabnya mengapa tiada yang kau lihat melainkan selain kedegilan mereka.

Lelaki menangis karena tanggung jawabnya di hadapan Allah.
Dia menjadi tonggak penyangga dalam rumah tangga.
Menjadi pengawal Tuhan bagi Ibu, saudara perempuan, isteri dan anak-anaknya.

Maka, tangisnya pun tidak pernah nampak di matanya.

Tangisan lelaki adalah pada keringat yang bercucuran demi menafkahi keluarganya.

Tidak dapat kau lihat tangisnya pada keluh kesah di lisannya?

Lelaki “menangis” dalam letih dan lelahnya menjaga keluarganya dari kelaparan.

Tidak dapat kau dengar tangisnya pada omelan-omelan di bibirnya.

Lelaki menangis dalam tegak dan teguhnya dalam melindungi keluarganya dari terik matahari, deras hujan serta dinginnya angin malam.
1. Lelaki menangis dalam kemarahannya, bila kehormatan diri dan keluarganya digugat. Lelaki menangis dengan sigap bangunnya di kegelapan dini hari. Lelaki menangis dengan bercucuran peluhnya dalam menjemput rezeki. Lelaki menangis dengan menjaga serta melindungi orang tua, anak dan istri. Lelaki menangis dengan tenaga dan darahnya menjadi garda bagi agamanya. Namun… Lelaki pun sungguh-sungguh menangis dengan air matanya di kesendiriannya, menyadari tanggung jawabnya yang besar di hadapan Allah.

Tidak nampak tangisnya pada peristiwa kecil dan remeh...

Monday, April 29, 2013

AMARAN PRU 13




Pesanan khas untuk Pakatan Rakyat. 

Kami bukan mengundi Pakatan hanya untuk melihat pemimpin yang terdahulu tumbang atau melihat Anwar mencapai cita-citanya. 

Kami mahukan perubahan yang dijanjikan dan bukannya janji kosong. Kami mahukan kehidupan yang lebih selesa, rakyat boleh berdiri diatas kaki sendiri tanpa adanya orang tengah seperti polisi yang sedia ada. 

Seandainya Pakatan menang dan tiada bezanya dengan pemerintahan BN. Maka Pakatan juga akan kami tukarkan dalam lingkungan 5 tahun ini juga. INGAT!!. Rakyat sekarang bukan boneka bisa dipergunakan oleh sesiapa sahaja. Kami adalah tuan kepada negara ini. Anda tiada siapa-siapa tanpa kami. 


Pesanan khas untuk Barisan Nasional

Kamu tipu pilihanraya, kami turun ke jalanraya.

May the best Party win. 

Amin.