Followers

Tuesday, August 24, 2010

Pertubuhan Melayu Murtad


Ada diantara rakyat Malaysia yang tidak pernah dengar nama Azlina Jailani? Kalau tak pernah, klik disini.

Azlina aka Lina Joy telah menang dalam kes pertukaran agama @ murtad baru-baru ni. Menangnya dia sebagai seorang murtad adalah kemenangan sementara di dunia kerana dia dan mereka (para peguambela) tidak akan menang melawan Allah S.W.T. Sumber rasmi daripada sini.

Menangnya dia dalam kes ini. maka menanglah jugak yang berikut ;
1. Pertubuhan Melayu Murtad (DILULUSKAN)
2. Persatuan Melayu Kristian Malaysia (DILULUSKAN)
3. Injil dicetak dalam Bahasa Melayu dan diedarkan (DILULUSKAN)
4. Interfaith Commission (IFC) buat roadshow besar-besaran menyokong kebebasan agama (DILULUSKAN)

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit mengisytihar perang terhadap IFC dan meminta kepada semua 50 ahli politik Islam yang menurunkan tandatangan untuk menyokong penubuhan IFC ini bertaubat kerana dikhuatiri aqidah mereka terbatal. Anda tau apa orang-orang politik ni cakap apa kat Mufti Perak tu? Mereka cakap macam ni, "Ni lah kalau dah tua-tua jadi mufti, tak open minded langsung..!". (my guess is keluar dari agama Islam ataupun murtad is open minded la? ID**T!)

Disenaraikan di bawah 15 perkara yang dituntut oleh IFC Malaysia ini. 

1.Setiap anak yang dilahirkan di Malaysia tidak dikaitkan dengan mana-mana agama sehingga berumur 18 tahun.- Tu dia, nak cerita apa ni? kita tak boleh bg nama Islam pada anak kita, tak boleh didik dengan cara Islam sampai umur 18 tahun. dah 18 tahun baru masuk mahakamah tanya dia nak masuk agama apa. kalau Kristian dipilihnya, Kristian la jadinya.

2. Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama.- maknanya dah takda perkataan Islam di MyKad atau di passport Malaysia lagi.

3. Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.

4. Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5. Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.

6. Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7. Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain - mahkamah syariah kalau takde, habis la kita. Walaupun ia bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?. Kalau takde mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar

8. Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9. Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10. Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11. Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12. Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia? (HAH??!!)

lagi 3 tak ingat, boleh rujuk majalah Millenium Islam. 

Datuk Harussani membalas kata-kata ahli politik dengan berkata, " inilah sikap open minded rakyat Malaysia serta inilah hadiahnya..!"

Kepada sesiapa yang membaca, diizinkan mencetak, menyebar dalam apa jua cara sekalipun, sesungguhnya, selemah-lemah jihad itu juga dikira olehNYA.


No comments:

Post a Comment