Followers

Wednesday, January 19, 2011

Ayah

post terbaru ini ditujukan khas kepada ayah saya. Abd Rahman bin Hussain. 

ayah, jaga2 lah kesihatan ayah tu. ayah kene igt, anak2 ayah masih belajar lg. afiq kat sini teramat lah risaukan keadaan ayah. 

ayah, sekarang ni dah 2 kali ayah masuk hospital. pertama kali ayah masuk sbb tekak. kali 2 ni ayah masuk sbb saluran jantung ayah tersumbat. lepas ni ape pulak.

ayah, kurang2 kan lah hisap rokok tuh. afiq tau ayah hisap dah lame. afiq belum wujud lg kat dunia ni ayah dah merokok. old habits stay hard i know. tp cubalah ayah. ayah dah terlalu byk penyakit drpd keturunan. kemudian akan turun ke afiq pulak. 

ayah merupakan salah seorang role model dlm hidup afiq. walaupun hidup tak mewah, hanya sederhana, tp ayah berjaya membesarkan kami berempat. 2 drpdnya sudah melanjutkan pelajaran. ayah berjaya memberi perlindungan yg berupa rumah seakan-akan banglo, di tanah sendiri, ayah berjaya menyediakan kereta dan motor utk keluarga dan anak2 ayah. sesungguhnya pengorbanan seorang ayah itu, walaupun tidak nmpk, tetapi jika difikirkan amat besar sekali pengorbanan seorang ayah.

ayah. afiq sayang ayah sgt2. maafkan afiq jika ada salah silap. afiq doakan yg terbaik sahaja utk ibu bapa afiq. afiq harap ayah sihat seperti sediakala. tidak dapat afiq bayangkan jika salah seorang tiada di dunia ini lg. 

izinkan afiq melihat senyuman ayah.

No comments:

Post a Comment