Bukan mudah untuk membina hubungan yang terus bahagia. Kadang-kadang pertanyaan dan jawapan membawa padah kepada si pasangan. Jadi, hati-hatilah soal apa yang harus dan tidak harus diceritakan kepada pasangan anda. Ada beberapa petua yang perlu kita tahu:
- Jangan buat lelaki patah semangat terhadap pekerjaannya. Sebaliknya cubalah membantu
- Jangan halang aktiviti yang teman lelaki suka. Sebaliknya tunjukkan minat dan sokongan selagi aktiviti itu tidak menyalahi undang-undang
- Janganlah hendak diperbesarkan jika pendapatan anda melebihinya. Boleh menyinggung perasaan dia.
- Jangan membandingkan dia dulu dengan sekarang.
- Jangan benci ibunya.
- Jika ilmu anda lebih darinya, janganlah cuba mengajarnya melainkan dia ingin belajar dari anda.
- Jangan cerita tentang keburukan kawan baik lelaki itu. Kawan penting bagi lelaki.
- Jangan cerita tentang ada lelaki lain menyukai anda atau ingin mengenali anda. Pantang sekali.
- Kadang-kadang cerita tentang kawan lelaki anda membuat dia cemburu dan kurang senang. Oleh itu, kurang-kurangkanlah cerita sebegitu.
- Perkataan cerai atau putus. Memang satu perkataan yang lelaki tidak boleh dengar. Eloklah anda hindarkan.
- Jangan cerita tentang keburukan pasangan anda. Lelaki juga sensitif. .
- Jangan bercakap ketika lelaki sedang marah atau menerangkan sesuatu. Sebaliknya cubalah dengar walaupun tidak enak. Kerana lelaki akan mendengar orang yang mendengar katanya, dan melawan orang yang melawan katanya.
- Jangan terlalu bersangka buruk terhadap lelaki. Berwaspada itu penting, tetapi sehingga merimaskan lelaki sepatutnya dieelakkan.
- Jangan melarikan diri dari masalah, seperti memutuskan perhubungan ketika sedang berbual di telefon, kerana langkah itu sangat dibenci lelaki
- Jangan bersikap terlalu keanak-anakkan sehingga merimaskan pasangan anda.
- Jangan diungkit kisah lama, elok dihindarkan.
- Jangan dibakar lelaki yang panas baran, sebaiknya kawallah perasaan anda dan suara jika berhadapan dengan lelaki yang panas baran. Ini akan dapat menyejukkan hati si dia kembali.
- Jangan sebut tentang bekas teman lelaki anda. Pantang datuk nenek dia.
Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.
No comments:
Post a Comment