Followers

Tuesday, April 12, 2011

JB Sentral Bertaraf Antarabangsa

Tergamam dan tak terkata dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Johor yang ditadbir oleh Menteri Besar Dato' Seri Abdul Ghani Othman yang telah menaikkan negeri Johor menjadi sebuah negeri yang bergerak maju untuk menjadi lambang kemajuan dan potensi negeri bagi memenuhi matlamat dan arah tuju Program Transformasi Kerajaan menjelang tahun 2020 nanti. Selepas selesai pembinaan CIQ yang canggih yang terletak di Jalan Stulang Laut, satu lagi pembinaan bangunan JB Sentral yang telah siap dibina dengan dijanjikan memberi pulangan sebanyak RM3.6 Juta Setahun.  

Aku berasa bangga menjadi anak jati Johor yang menyaksikan perubahan sedikit-demi sedikit yang telah dilaksanakan. Bangunan JB sentral ini mengandungi perataan yang termoden bagi memudahkan perjalanan pengguna yang menggunakan keretapi dari Singapura dan dari Malaysia.

Pemandangan yang indah dan tersusun apabila dilihat dari udara membuktikan kerajaan negeri begitu serius menjadikan Johor sebagai Negeri yang maju demi meningkatkan taraf hidup rakyat negeri Johor. JB Sentral ini merupakan sebahagian Projek Pembangunan Gerbang Selatan Bersepadu yang merangkumi pembinaan Bangunan Sultan Iskandar pada 2003 itu. Didalam Jb Sentral ini ia menempatkan ruang perniagaan komersial yang dapat menyediakan peluang pekerjan baru kepada rakyat negeri Johor. JB Sentral ini dijangkan dapat mengurankan dan mempermudahkan aliran trafik di pusat perdaganga bandar raya negeri Johor ini. Bangunan ini dilengkapi dengan 726 tempat letak kereta, 18 Lot ruang niaga dan 30 kios ini akan menjadikan bangunan ini sebagai kawasan perhentian utama bagi pengguna yang berulang alik ke Singapura dan Malaysia.


No comments:

Post a Comment