Pertamanya: Kerajaan saya bukan bawa sistem Islam pun. Jadi, kenapa tiba-tiba kerajaan saya dalam bab 'menjaga kekuasaannya agar terus kekal', hendak pakai dalil Al-Quran? Kalau kerajaan saya ingin agar kita semua senyap, maka kerajaan sayajanganlah pakai sistem demokrasi. Sebab sistem demokrasi sah-sah memberikan pilihan kepada kami, sebagai rakyat, untuk memilih sesiapa yang kami rasa layak untuk memerintah.
Keduanya: Melainkan kerajaan saya betul-betul amal dan pertahankan Islam, sebagaimana kerajaan-kerajaan Islam terdahulu, barulah dalil-dalil itu apply. Tetapi bagaimanakah agaknya ya kerajaan saya yang sekarang?
Ketiganya: Orang kata, kalau nak ubah kerajaan yang tidak betul, maka bermulalah dengan membetulkan dulu apa yang tidak betul di dalam diri rakyat. Idealistik ini benar. Tetapi persoalannya, siapakah yang merosakkan rakyat sekarang ini dengan kekeliruan fahaman Islam, peraturan-peraturan yang tidak membantu membina peribadi masyarakat dan sebagainya?
Keempatnya: Kerajaan saya yang ada sekarang, terlalu lama memerintah sehingga terlupa bahawa duit yang digunakannya adalah duit rakyat. Terlupa bahawa kekuasaannya adalah amanah. Mereka rasa itu adalah duit mereka, dan kekuasaan milik mereka. Kita boleh lihat statement-statement mereka. Maka kami sebagai rakyat layak menyedarkan mereka akan hal ini. Tetapi bila ada kebanyakan kami hendak menyedarkan, kami diugut dengan ISA. Bayangkan, perhimpunan yang diizinkan oleh Agong pun, kerajaan kami hari ini halang. Bagaimana itu?
Pada saya, dalil-dalil yang ditaburkan itu, benar dan sohih. Tinggal salah tempat untuk menggunakannya. Saya ingin tanya satu soalan sahaja. Katalah parti lain menang dan memerintah, dan kemudiannya menggunakan dalil-dalil yang sama, bagaimana?
Kalau tak mahu sangat rakyat menentang, ubah sahaja sistem yang dipakai sekarang. Sendiri amal demokrasi, sendiri takut diubah nanti.
p/s : Kalau kerajaan saya tidak mahu ditukar, kerajaan saya mesti berubah
No comments:
Post a Comment