Followers

Wednesday, February 29, 2012

Lagi-lagi politik

Amaran : Post ini mengandungi pendapat peribadi seorang rakyat Malaysia. Jika anda cepat panas hati, one-sided atau seorang penyokong parti/pemimpin yang tegar, dipersilakan menjimatkan masa anda dengan tidak membaca post ini. Terima kasih.

Malaysia, atau dikenali sbg Malaya di suatu ketika dahulu, adalah tempat aku dilahirkan dan ........ fuck this formal shit. 

Ok la, baru2 ni, kecoh pasal isu Lynas. menatang mende Lynas ni? entah. yg aku tau, Lynas Malaysia Sdn. Bhd nak bukak 1 kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang, atau bahase inggerisnya, rare earth. menatang mende lak rare earth ni? malas lak aku nak cter, yg aku tau ianya digunakan dlm barang2 teknologi canggih ni seperti handphone nokia 3310 (ini tipu). baca sendiri k kat sini, artikel oleh National Geographic.

Senang cter, mende ni dipolitikkan di Malaysia gila-gila la. dlm parlimen gaduh pasal mende ni je, bukan nak cter pasal lembu kene curik ke, kabel TNB hilang ke. takde pun. pasal mende ni. dipolitikkan tak salah tp dipolitikkan lebih drpd yg sepatutnya bg aku salah.

bak kate Presiden Pas, Tok Guru Haji Hadi Awang : kalau nak tau ilmu getah, jgn tnye dgn org pakar kelapa sawit. tapi bila pakar nuklear sendiri, YB Dr. Rosli Che Mat beri pandangan dan bersetuju dgn projek ni (Ahli Pas), kenapa masih ramai tak bersetuju? sebab musababnya sbb yg kurang bijak oleh kerajaan tercinta ini. apekah ia? 

1. keputusan dibuat tanpa pengetahuan rakyat terutamanya rakyat negeri Pahang sendiri dan tiada kajian dijalankan dahulu.
2. Lynas cuma memberi 350 tempat kerja kpd rakyat Malaysia, yg bg aku sgt2 tidak berbaloi dan tidak memberi ape2 kesan thdp ekonomi Malaysia.
3. Lynas untung berbilion-bilion ringgit. kenapa terlalu bodoh dan memberi pengecualian cukai selama 12 tahun? mcm mana Malaysia punya ekonomi nak berkembang? eeee bodohnye.
4. Jarak kilang adalah 2KM sahaja drpd kawasan perumahan. kalau nak ikotkan kes kat Jepun tuh kan, area yg terlibat (diubahsuai kpd peta Malaysia) adalah sehingga Kuantan, Gambang, Cherating even Kemaman kat Terengganu pun kene tempias yg melibatkan 650 ribu rakyat Malaysia. padahal syarat yg ditetapkan oleh Australia adalah 35KM dr kawasan penempatan. 
5. pikir sendiri, semua dah besar panjang.

Effect kilang ni kpd masyarakat setempat : 

1. Nilai tanah di Kuantan dan Kemaman akan jatuh dan menjadi useless. sape nak duduk tepi kilang radioaktif? dah gila? skrg ni pun kalau tgok dah ramai org jual tanah masing2
2. Sektor pelancongan Cherating akan terjejas.
3. Pelabur tamau melabur sbb ancaman radioaktif. Risiko terlalu tinggi. 

Tolak Lynas bermakna kita dapat membendung kes seperti di Bukit Merah ketika di zaman Mahathir dimana berlaku 8 kes luekemia dan 7 kematian. dan pembersihan sisa2 toksik masih dijalankan walaupun setelah 20 tahun berlaku dan menelan belanja hampir RM 300 juta. kan bagus kalau bg org susah mcm aku RM 300 juta tu. kan kan kan?

Dan bg aku dgn sbb2 yg aku beri kat atas tuh, projek Lynas ni jgnlah dijalankan sbb risiko nya terlalu tinggi utk bergenerasi. nak ke dpt anak cacat? melainkan syarat 35KM drpd kawasan perumahan dan cukai dikenakan, buatlah. kalau tak berlaku, sebagai rakyat Malaysia, tentanglah habis-habisan, ok? Ini adalah utk kebaikkan bersama. 

Terima kasih kepada yg sudi membaca.

Friday, January 13, 2012

Career Fair

Semalam, 12hb aku masuk kampus. Niat dlm hati nak g kelas, 2-5, tp jalan2 jumpe sorg budak kelas ni. Cina, ckp takpayah pergi. Takde org dtg. Aku pun.... ok!


Lepas tuh perasan ade crowd kat Exam Hall. Fikir2 balik, ouh ade Career Fair anjuran UPG rupenye. Event ni actually khas utk graduating student, utk student2 final year mcm tuh la. Utk carik pekerjaan la lebih kurang. Adelah mcm2 agensi dlm tuh yg nak rekrut pekerja. CIMB, Maybank, Great Eastern, company2 lain2 yg aku dah lupe, even MMU pun ade. 


So member aku yg cina ni pun g la ke booth Great Eastern. nak tau Great Eastern tuh ape g la ke sini.


Dia amek test. aku tnye test ape? Dia kate personality test. pada mulanya aku tak menunjukkan minat. cume duduk and tggu je member siap. Tetibe ade ajen dtg bg kertas. Dia kate, just a test. Nothing pun. So i took the test....


It took me around 15 minutes. From all aspects soalan tu cover, mostly about what we like to do or what we master in. there are categories T U V W X Y Z. dunno what are they but sumthing like artistic, business, discipline, social bla bla bla.


Ok, i took the test. then handle the paper to the agent. The agent do some calculations, then the result is X:34, Y:38, Z:36.


Then the explaination. (aku diam je mase cina ni explain)

X means social. you have a very good social life, u love making frens and treat them nice. However, you can read someone and know if they are the best or not. If they are loyal, good, have 'perasaan kurang senang' towards u. So u are 1 step ahead and can be much more careful. u juge bole influence org utk ikot cara u. tp org banyak susah mau kasik u aaaa.aaaaa.... goyang. u know what i mean? aaa.aaaaa..... u susah mau ikot org. u respect itu org punya cara, tp if u disagree, u takkan ikot. and u wont say a word pun because of respect.


Me: *sigh. ok (dlm kepala pikir awek aku. and then my thoughts: cine ni tipu. tak jumpe awek aku pnye keras lg -.-) *mase ni u tau la tgh ape kan

Y means business and adventure. This is the highest, ur brain is business people brain. You love doing business and your type cannot stay in an office for too long. because u will get bored. and u love adventure in work. u didnt like doing office work, but u love doing adventure things. and including ur profession. business is an adventure work. 


tibe-tibe.

GE: you suka buat perkara adventure kan? u suke nature? ade pergi panjat gunung? anything?

Me: ade. ade. i buat itu semua
GE: good, it is shown then
Me: *sigh. (dunno what to reply)


then he continue.

Z means discipline, rules and regulations. u suka everything by ur way. and u urself doing things according to the rules and regulations.always. u buat keje ke, ape ke, everyhting mesti ade rules adn regulations. and discipline. lagi-lagi if u r enjoying that work. 



Me: ouh. maybe
GE: and this is ur parents influence. they must be garang and discipline kan?
Me: yup! how u know? my parents mmg itu macam. dulu cakap 3 kali saja, tak gerak, kali ke-4 rotan
GE: waaaaahh itu macam kaa? banyak bagus. ada dpt pun anak mcm u. ok la. berbaloi. 
Me: ya ya, of course my parents are the best. part me the best, dunno yet. 
GE: don't worry. we believe u. ur details i simpan aaa? for company record.
Me: ok ok. thank you aaa.

GE: hey u welcome. no problem


*but i notice, other applicants's details dorg tak simpan pun -.- kenape aku.
tp takpelah. at least aku tau diri aku mcm mane. 


ape-ape pun. its just my story, didnt ask u guys utk baca pun. 
aku cume nak share.
yg baca tuh, terima kasih byk2

Saturday, December 24, 2011

Coretan Rakyat 2

Kalau kita jumpa orang yang tabur dalil suruh taat kepada kerajaan dan haram menentang pemerintah, kita nak jawab apa? ^^

Pertamanya: Kerajaan saya bukan bawa sistem Islam pun. Jadi, kenapa tiba-tiba kerajaan saya dalam bab 'menjaga kekuasaannya agar terus kekal', hendak pakai dalil Al-Quran? Kalau kerajaan saya ingin agar kita semua senyap, maka kerajaan sayajanganlah pakai sistem demokrasi. Sebab sistem demokrasi sah-sah memberikan pilihan kepada kami, sebagai rakyat, untuk memilih sesiapa yang kami rasa layak untuk memerintah.

Keduanya: Melainkan kerajaan saya betul-betul amal dan pertahankan Islam, sebagaimana kerajaan-kerajaan Islam terdahulu, barulah dalil-dalil itu apply. Tetapi bagaimanakah agaknya ya kerajaan saya yang sekarang?

Ketiganya: Orang kata, kalau nak ubah kerajaan yang tidak betul, maka bermulalah dengan membetulkan dulu apa yang tidak betul di dalam diri rakyat. Idealistik ini benar. Tetapi persoalannya, siapakah yang merosakkan rakyat sekarang ini dengan kekeliruan fahaman Islam, peraturan-peraturan yang tidak membantu membina peribadi masyarakat dan sebagainya?

Keempatnya: Kerajaan saya yang ada sekarang, terlalu lama memerintah sehingga terlupa bahawa duit yang digunakannya adalah duit rakyat. Terlupa bahawa kekuasaannya adalah amanah. Mereka rasa itu adalah duit mereka, dan kekuasaan milik mereka. Kita boleh lihat statement-statement mereka. Maka kami sebagai rakyat layak menyedarkan mereka akan hal ini. Tetapi bila ada kebanyakan kami hendak menyedarkan, kami diugut dengan ISA. Bayangkan, perhimpunan yang diizinkan oleh Agong pun, kerajaan kami hari ini halang. Bagaimana itu?

Pada saya, dalil-dalil yang ditaburkan itu, benar dan sohih. Tinggal salah tempat untuk menggunakannya. Saya ingin tanya satu soalan sahaja. Katalah parti lain menang dan memerintah, dan kemudiannya menggunakan dalil-dalil yang sama, bagaimana?

Kalau tak mahu sangat rakyat menentang, ubah sahaja sistem yang dipakai sekarang. Sendiri amal demokrasi, sendiri takut diubah nanti.
 



p/s : Kalau kerajaan saya tidak mahu ditukar, kerajaan saya mesti berubah