Followers

Monday, August 6, 2012

kehilangan

4 Ogos 2012. Tidak ku sangka pada pukul 2.02 ptg, aku menerima panggilan daripada saudara sendiri, menangis memberitahu bahawa satu lagi tragedi hitam berlaku. aku kehilangan seorang lagi pendidik dalam hidupku, kali ini seorang guru agama yang aku sanjungi. Dia yang mengajar ku mengenal alif ba ta, mengenal Al-Quran, mengenal apa itu ibu bapa, mengenal betapa pentingnya keluarga. dia lah yang mengajar aku mengaji Al-Quran, sehingga aku lancar membaca, dan sehingga aku mampu mengajar anak muridnya yang lain. Dia lah yang aku tiak tok chen, atok, tok, ayahanda kepada ayahanda kandungku.


berita mengejut melalui panggilan daripada saudaraku yang sedang meraung menangis mengatakan "afiq, atok dah takda". lantas aku menengkingnya dgn kuat mengatakan, "bohong! atok dah sehat tggu nak keluar hospital je". 


lantas aku termenung memikirkan bahawa aku mempunyai ujian pada 2.30 ptg. namun aku gagahkan juga diriku call ibu dan bertanyakan kesahihan berita itu. namun ibu mengatakan, "ibu sendiri tataw, ibu baru parking kereta kat hospital".


menurut cerita ahli keluarga, ibuku seperti hilang akal bertanyakan jalan bagaimana utk memberitahu aku yang akan menghadapi ujian kemudian. kerana ibuku tau, rapatnya aku dengan atokku, tempat ku bermanja daripada berumur 5 tahun hingga 12 tahun. apabila saudaraku mengatakan bahawa afiq sudah tahu, ibu tidak dapat menahan marahnya dan menempelak saudara yang memberitahu aku.


lalu ibu call, dan mengatakan sepatah, "betul". "Lailahailallah muhammadurasulullah". itu sahaja yang aku mampu katakan lalu aku menangis. ibu cuba menenangkan aku dan mengatakan, "afiq ada exam kan, afiq buat exam baik2, igt atok nak tgok sgt afiq berjaya". aku menangis dan mengatakan "afiq balik sekarang afiq tak pedulik. biarlah exam afiq tak kira". lalu ibu menangis mengatakan "afiq jgn la mcm ni, afiq yang exam ibu yg risau, jgn la buat perkara gila afiq, tolonglah ibu merayu sgt2". 


kemudian aku pergi ke venue exam. selangkah keluar daripada lif aku terjelepok, pitam sebentar. lalu seorang cina dan merenjis air lalu memberiku minum. tanpa fikir panjang aku minum walaupun ketika itu puasa. lalu ku beritahu pensyarah ku bahawa atokku meninggal dan aku mahu pulang. dia hanya mengangguk dan mengatakan, bawa balik surat kematian. 


kemudian dtglah saudaraku drpd uitm lendu, kami pulang ke johor bahru. perjalanan dirasakan amatlah jauh dan panjang, walaupun kereta dipecut selaju 170km sejam. tidakku peduli keselamatan ku lagi ketika itu, aku cuma ingin pulang. 


sesampai di johor, jenazah telah dikebumikan. aku melangkah ke tanah merah tanpa airmata, tanpa rasa sedih. lalu aku dihulur air mawar utk disiram dan aku menyiram tanpa air mata. dan aku termenung diam. ketika mahu pulang, aku bersalam dgn bapa saudaraku, dan dia lantas memeluk aku. tak dapat ku tahan air mataku dan terus aku menangis teresak-esak mengatakan, "org yg menjaga afiq dr kecik dah takde, takkan afiq tak boleh sedih" pelukkan semakin kuat dan basah baju melayu bapa saudaraku oleh air mata. 


antara kata-kata terakhir atok yg tak mungkin aku lupa sampai bila-bila


Atok : atok dah nak mati ni, tak percaya tengoklah
Afiq : atok janganlah, mak dah takde, atok pulak nak pergi
Atok : atok nak jumpa mak, bulan 8 ni.


aku terlalu rindukan arwah mak. sunyi hidup aku takda dia. 
bagi ayah handphone ayah, ayah nak tgok gambar mak dgn anak-anak buat kali terakhir
kalau ayah dah takda, jangan nangis-nangis, redhakan ayah pergi. ayah nak jumpa mak
aku igt semalam lagi aku dah jumpa mak, rupanya hidup lagi aku
kalau aku mati pun aku redha, isteri dah takda, anak-anak dah kahwin dan berkeluarga. 


Atok, afiq redhakan pemergian atok. atok terlalu rindukan arwah mak, atok terlalu rindukan kematian. malah atok tau waktu kematian atok, atok pergi dengan tenang tanpa seksa sakaratulmaut. atok pergi dalam iman, iman atok memudahkan atok pergi kembali kepadaNya. bangga cucu atok mempunyai seorang atok yg hidupnya susah daripada dulu tetapi anak-anaknya berjaya. garangnya atok membuatkan cucu atok lari dari rumah, namun cucu-cucu atok berjaya. 


Tinggallah atok bersama mak ya. itu yang atok mahukan selama ini kan? malah atok membersihkan lot kubur sebelah kubur mak, seminggu sebelum, seolah-olah atok tahu atok akan pergi. 




Haji Hussain b. Maulud
1936-2012
Al-Fatihah







No comments:

Post a Comment