ada manusia yang dilahirkan dengan pelbagai kelebihan. ada juga dgn kekurangan. ada juga yang menyalahgunakan kelebihan yang ada. tidak kurang juga yang tidak pernah bersyukur atas kelebihan atau apa yang ada. post ini sekadar hiasan. terima kasih
ada yang mengatakan sapu di kelopak mata. ada juga yang mengatakan sapu di bawah mata. tataw mana betul. nak mujarab titis je dalam mata. takpun injek. senang cter.
Cara yang kedua: Ambil air mata anjing yang menyalak di tengah bulan mengambang dan sapukan di bahagian bawah mata.
yang ni petua org cina. tataw betul atau tak
Cara yang ketiga: Berdiri di tengah-tengah hutan di belakang rumah anda (jika anda tinggal di kampung) pada tengah malam dan baca ayat pertama surah Al-Jin 7 kali sambil pejam mata anda. Selepas selesai membacanya, buka mata dan pandang ke tepi anda. Pasti anda akan nampak hantu.
tak pernah try. tataw dtg dr mana pendapat ni. sape yg try sila drop testimoni anda disini. terima kasih
cara yang keempat: mohon la kepada Allah supaya hijab mata anda dibuka. buatlah solat hajat ke ape. tp sebelum tu buat la solat istikharah dulu. pastikan adakah itu yg terbaik utk anda atau tidak.
Disclaimer: kalau tak cukup ilmu di dada jangan pandai-pandai cuba. post ni cuma sekdar knowledge. kesahihannye Wallahualam bissawab. tp kalau tak sahih takkan menda ni wujud ye dak? sape-sape yg baca lepas tu gatal try, jangan salahkan saya. terima kasih
Pesanan empunya blog: Hijab mata ditutup bersebab. ilmu Allah itu luas. apa yang manusia tahu itu adalah apa yang dibenarkan oleh Allah sahaja. Sesungguhnya Dia lagi Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.

No comments:
Post a Comment