Followers

Thursday, August 14, 2014

Keranamu Kekasih


Bila kuimbas lagi 
Terusik peristiwa dulu yang mengguris hati 
Terkulai-kulai diri bila cinta didustai 
Oleh insan yang pertama aku sayangi 
Bila aku kenangi 

Hidupku tak lagi ceria seperti dahulu 
Tiada lagi keindahan yang aku rasai 
Ohh... selama ini teguhnya cintaku 
Pada mu kekasih 



Oh oh oh... 
Tidak ku menjangkakan ini 'kan terjadi 
Bila sidia undur diri dan memutus cinta 
Alam kurasakan suram 
Tiada lagi beri simpati 
Oh oh oh... Ternyata kejujuran salah ditafsirkan 

Rupa-rupanya di hatimu dia yang bertakhta
 Mengikis semarak cinta yang telah kita bena 
Seindahnya di syurga 


Kekasih... 
Kita berdua menjalin kasih 
Yang akhirnya terpisah jua 
Ku rela kau pergi 


Saturday, July 5, 2014

:(

sedihnya bila si dia pun tak ingat :(

Thursday, July 3, 2014

Lelaki Tua Berkain Pelikat

Cerita ini asalnya dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Dato’ Roslan Ab Hamid. Dan ia mendapat perhatian ramai dengan menerima jumlah like dan komen yang tinggi. Cerita ini memberi inspirasi kepada orang ramai bagaimana mahu hidup dengan lebih bermakna di atas muka bumi ini. Kami kongsikan kisah Lelaki Tua Berkain Pelikat ini di bawah. Enjoy!
****
Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di masjid.
Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid.
Rumah agam besar dan menarik.
Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan RM35juta. Pendapatan pasif kutip sewa RM70,000 sebulan. Belanja RM20,000. RM50,000 sedekah dan infaq.
Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu.
Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu.
Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?
#1 – Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.
#2 – Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.
#3 – Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
#4 – Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,
“Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.
Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.
Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”

Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.
#5 – Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.Kata lelaki tua ini lagi:
#6 – Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orangkaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..
#7 – Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.
#8 – Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri.Tenung mata dan baca “ayat ayat pengasih”. Hehehe. (Nota tambahan: Surah Yusuf: Ayat 4)
#9 – Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum. Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.
#10 – Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna.Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.
#11 – Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.
(Kedai mula mula di mulut sahaja.) Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong.sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.
#12 – Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri yang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.
#13 – Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar.Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu. Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.
***
(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, “baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai 20″. Saya buat contengan kata dia dalam kepala)
***
#14 – Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap.Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.
#15 – Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya “Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , “Dengan senyap senyap tapi cantik”. Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, “Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun”. Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.
#16 – Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.
Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.
Bacalah surah ar Rahman ayat 46, “Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga”
#17 – Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.
Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.
#18 – Anak… Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit.
Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, “Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu”. Cuba anak check siapa perawinya. (nota: Hadis riwayat at Tirmizi)
#19 – Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,
“Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itu sahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula”
Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.
#20 – Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya’. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja.

Sunday, April 27, 2014

Diari seorang suami.
30hb , suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat internet banking bayar bill air Rm30.00, bayar duit rumah Rm700.00 bayar duit kereta Rm700.00 , bil telephone suami dan isteri Rm200.00 , bill elektrik Rm170.00 , ansuran motor Rm150.00 dan yuran tuisyen anak Rm150.00 ..serta menukarkan Rm150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan...lalu berbekalkan duit baki Rm750.00 balik kerumah jemput isteri dari tempat kerja..terus di sambut ngan isteri satu soalan " ari ni hari gaji abang kan??..jom pergi beli barang dapur byk dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm ni sebab I tak laratlah nak masak ari ni... bebudak pun esok hari sabtu cutikan? Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.
Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yg bongsu " Ayah cikgu adik ckp ari isnin cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yg baru." Isteri spontan menyampuk " mintak kat ayah..ayah baru dapat gaji..sambil anak yg sulung pula mencelah .." ayah kakak pun nak duit Rm 30.00 hari isnin untuk beli buku rujukan dah dekat nak peperiksaan ni..Si suami terus mengeluarkan Rm50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong ..
Kemudian bila selepas magrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk mkn dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak kereta Rm50.00 langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah Rm50.00..Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dgn jumlah Rm 250.00 untuk barang kering dan Rm 50.00 untuk barang basah..
setelah semuanya selesai pulanglah keluarga tersebut kerumah dgn suami hanya tinggal gaji yg baru dpat pagi tadi sebanyak Rm300.00 sahaja.Maka tidurlah si suami dgn mata yg terkebil kebil mengenangkan baki duit yg tinggal hanya dlm beberapa jam sahaja dapat gaji tadi..
Keesokkannyer pagi sabtu isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi...suami pun pergilah beli dgn modal Rm5.00 dan surat khabar Rm1.50.. manakala menjelang petang si isteri dan anak anak ajak suami jalan jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu...si suami ikutkan jugak dlm keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak anak.Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 ..
sesampai di jalan TAR si isteri berkenan dgn tudung bawal berharga Rm15.00 mintak dibelikan..suami pun keluarkan duit bayar..kemudian bila kedepan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula nampak baju tidur anak anak yg berharga Rm15.00 sehelai..isteri pun selamba kata " bang baju tidur bebudak ni pun dah lusuh..belikan diorg yg baru ni.murah jer Rm15.00 hengget...suami keluarkan lagi Rm30.00 untuk baju tidur anak anak.
Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama sama..tetapi dalan perjalanan nak pulang anak anak merengek dahaga dan lapar .mintak singgah di kedai makan untuk makan mlm...sang ayah kesiankan dgn rengekan anak pun singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dgn membayar Rm30.00 lagi..Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48jam dapat gaji ialah Rm188.50.
Esok hari Ahad...isteri suh pergi kedai pagi pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi...suami modalkan lagi Rm7.00 dan Rm1.50 untuk suratkhabar...tinggallah duit gaji genap Rm180.00..Malamnyer pulak beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta...
Maka bermulalah pagi hari isnin si suami dgn berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak Rm30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat..serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yg akan datang samada sampai atau tidak??....selang seminggu selepas itu pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung..suami katakan tidak.ada modal...lalu isteri menjawab dgn sinis " kalau ajak balik.kampung saya jer takder duit...klu ajak balik kg saya jer abg kata tak der duit...mana pergi duit gaji abang selama ni....takkanlah seminggu gaji dah tak berduit...abg ada pompuan lain ke??" Terpinga pinga suami nak di jawab jadi perang...nak di ceritakan yg sebenar nanti disalahkan balik.

Wednesday, March 19, 2014

kesabaran kita mmg tiada had pun. mmg muka ni dilahirkan utk ditempelak setiap soalan. atau dijerit2 kan aje setiap panggilan.

Saturday, January 4, 2014

Malaysiaku

Kenyataan dari mereka yang mengambil berat tentang peristiwa KERUSI yang berlaku sekitar kemasukan pelajar tahun satu 2014 baru-baru ini... 

"Kita akan tangkap pengeluar kerusi". - Zahid Hamidi 

"Kita akan bagi amaran kepada pengeluar kerusi supaya jangan sangkutkan kepala budak lagi.." - Hishamuddin 

"Kita akan berdemo depan kilang kerusi sampai kerusi dah tak boleh sangkut kepala lagi". - Mat Sabu 

"Kerusi? Kerusi apa? Fitnah semua ni. Ohh kerusi tu. Kita saman!" - Anwar Ibrahim "Kerajaan akan beri Bantuan Kerusi 1Malaysia kepada rakyat supaya nanti kepala tak sakit kalau tersangkut". - Najib Razak 

"Kita perlu melihat sangkut kepala di kerusi ni bidaah. Zaman salafusoleh dulu duduk atas tikar. Kalau kita tak buat benda takde zaman Nabi mesti kepala tak sangkut". - Dr Asri 

"Kepala sangkut di kerusi ke? Ooo. Boleh ye...??" (Termenung kejap muka tak pasti). - Abdullah Badawi 

"Sampai bila kita nak tengok anak melayu terus tersepit di celah kerusi buatan kaum cina yg rasis ni?" - Ibrahim Ali 

"Memandang kerusi dengan pandangan hampa. entah kenapa kaku dan membisu. hanya suara detak jantung anak anak kecil berselang seli bisikan halus suara menahan pedih, haruskah aku berlari ke pantai..." - A Samad Said 

"Tersepit kerusi adalah ketetapan Ilahi". - Fathul Bari 

"Kerajaan Malaysia gagal didik pelajar cara duduk di kerusi dengan betul". - Lim Guan Eng 

"Bersyukurlah negara kita masih ada kerusi". - Penyokong UMNO 

"Anak muda mahukan kerusi yang baru!" - Adam Adli 

"Kerusi tidak penting". - K. Rajagopal

Monday, December 30, 2013

37 Things You’ll Regret When You’re Old



  • 1. Not traveling when you had the chance.
  • 2. Not learning another language.
  • 3. Staying in a bad relationship.
  • 4. Forgoing sunscreen.
  • 5. Missing the chance to see your favorite musicians.
  • 6. Being scared to do things.
  • 7. Failing to make physical fitness a priority.
  • 8. Letting yourself be defined by gender roles.
  • 9. Not quitting a terrible job.
  • 10. Not trying harder in school.
  • 11. Not realizing how beautiful you were.
  • 12. Being afraid to say “I love you.”
  • 13. Not listening to your parents’ advice.
  • 14. Spending your youth self-absorbed.
  • 15. Caring too much about what other people think.
  • 16. Supporting others’ dreams over your own.
  • 17. Not moving on fast enough.
  • 18. Holding grudges, especially with those you love.
  • 19. Not standing up for yourself.
  • 20. Not volunteering enough.
  • 21. Neglecting your teeth.
  • 22. Missing the chance to ask your grandparents questions before they die.
  • 23. Working too much.
  • 24. Not learning how to cook one awesome meal.
  • 25. Not stopping enough to appreciate the moment.
  • 26. Failing to finish what you start.
  • 27. Never mastering one awesome party trick.
  • 28. Letting yourself be defined by cultural expectations.
  • 29. Refusing to let friendships run their course.
  • 30. Not playing with your kids enough.
  • 31. Never taking a big risk (especially in love).
  • 32. Not taking the time to develop contacts and network.
  • 33. Worrying too much.
  • 34. Getting caught up in needless drama.
  • 35. Not spending enough time with loved ones.
  • 36. Never performing in front of others.
  • 37. Not being grateful sooner.

Wednesday, September 18, 2013

19/9/1989

Happy birthday to the one without whom my life is incomplete.


I would like to wish a lovely and a very Happy Birthday to the princess in my life. To the most sweetest person I know in my whole life. Now you are 24 sayang, you may grow old, but I'll grow old along with you, as long as we are in love. There is no present in this world greater enough to show that I love you. Yes, birthday do comes and go, but not my love sayang. I love you and I want you to know that I am lucky to have you. 


 Semoga sayang murah rezeki, panjang umur, sihat selalu dan semoga selalu dicucuri rahmat daripadaNya. Aminn

I am sorry for not being close to you on this special occasion. But I'll remember you, with my every breath of my life. 







Wednesday, September 4, 2013

Ampunkan aku
Seandainya engkau menangis lagi
Ampunkan aku
Memang aku bukan lelaki dulu
Ampunkan aku
Seandainya engkau masih merindu
Ampunkan aku
Mendung ini pasti akan berlalu
Ampunkan aku
Seandainya engkau menangis lagi
Ampunkan aku
Memang aku bukan lelaki dulu
Ampunkan aku
Seandainya engkau masih merindu
Ampunkan aku
Mendung ini pasti akan berlalu
Ampunkan aku

Tuesday, September 3, 2013

Menuju Wawasan 20¢20¢

Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Malaysia.

Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.

Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta.

Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling.

Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp.Kerjanya keluar pagi balik dinihari.

Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?

Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.

Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.

Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.

Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.

Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.

Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.

Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?

Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.Kerana aku taknak hilang perikemanusiaan.


Karya R.A

p/s: minyak naik > inflasi naik > harga barang naik. simple economy method.  hujan yang turun pun disejat semula (naik) ke langit, kemudian dicurahkan kembali menjadi hujan. gaji je tak naik2 smpi kesudah, apa yang hendak dibeli? apa yang hendak disuap ke mulut keluarga? mengharap BRIM? smlm dah dapat. (Berebut Rakyat Isi Minyak). 

Tuesday, June 11, 2013

Itulah mengapa Allah menyebutkan pada lelaki lebih kuat akalnya berbanding seorang wanita. Dan itulah sebabnya mengapa tiada yang kau lihat melainkan selain kedegilan mereka.

Lelaki menangis karena tanggung jawabnya di hadapan Allah.
Dia menjadi tonggak penyangga dalam rumah tangga.
Menjadi pengawal Tuhan bagi Ibu, saudara perempuan, isteri dan anak-anaknya.

Maka, tangisnya pun tidak pernah nampak di matanya.

Tangisan lelaki adalah pada keringat yang bercucuran demi menafkahi keluarganya.

Tidak dapat kau lihat tangisnya pada keluh kesah di lisannya?

Lelaki “menangis” dalam letih dan lelahnya menjaga keluarganya dari kelaparan.

Tidak dapat kau dengar tangisnya pada omelan-omelan di bibirnya.

Lelaki menangis dalam tegak dan teguhnya dalam melindungi keluarganya dari terik matahari, deras hujan serta dinginnya angin malam.
1. Lelaki menangis dalam kemarahannya, bila kehormatan diri dan keluarganya digugat. Lelaki menangis dengan sigap bangunnya di kegelapan dini hari. Lelaki menangis dengan bercucuran peluhnya dalam menjemput rezeki. Lelaki menangis dengan menjaga serta melindungi orang tua, anak dan istri. Lelaki menangis dengan tenaga dan darahnya menjadi garda bagi agamanya. Namun… Lelaki pun sungguh-sungguh menangis dengan air matanya di kesendiriannya, menyadari tanggung jawabnya yang besar di hadapan Allah.

Tidak nampak tangisnya pada peristiwa kecil dan remeh...

Monday, April 29, 2013

AMARAN PRU 13




Pesanan khas untuk Pakatan Rakyat. 

Kami bukan mengundi Pakatan hanya untuk melihat pemimpin yang terdahulu tumbang atau melihat Anwar mencapai cita-citanya. 

Kami mahukan perubahan yang dijanjikan dan bukannya janji kosong. Kami mahukan kehidupan yang lebih selesa, rakyat boleh berdiri diatas kaki sendiri tanpa adanya orang tengah seperti polisi yang sedia ada. 

Seandainya Pakatan menang dan tiada bezanya dengan pemerintahan BN. Maka Pakatan juga akan kami tukarkan dalam lingkungan 5 tahun ini juga. INGAT!!. Rakyat sekarang bukan boneka bisa dipergunakan oleh sesiapa sahaja. Kami adalah tuan kepada negara ini. Anda tiada siapa-siapa tanpa kami. 


Pesanan khas untuk Barisan Nasional

Kamu tipu pilihanraya, kami turun ke jalanraya.

May the best Party win. 

Amin.

Sunday, February 17, 2013

Oh Bangsaku.


Sesungguhnya 
Tidak ada yang lebih menyayat 
Dari melihat bangsaku dijajah 
Tidak ada yang lebih menyedihkan 
Dari membiarkan bangsaku dihina

Aku lihat layu dalam Melayu 
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak 
Ada juga bercadang bertanya tuan punya 
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak 
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri 
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui 
Yang kita sendiri 
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan 
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu 
Tanah air kita yang punya 
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa 
Mereka merancang masa menjilat bangsa

13 harimau bertukar menjadi mangsa 
Kita lupa nenek moyang kaya-raya 
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya

Ku lihat layu dalam Melayu 
Ku lihat layu dalam Melayu 
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia 
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia 
Kalau kewujudan tidak dirasa 
Petah berbahasa kudrat tak berjasa 
Orang berbudi kita hanya tahu merasa 
Selalu lari bila dirapat 
Selalu malu bila soalan diaju 
Selalu segan memberi pendapat 
Rela mengikut dari meneraju 
Belum nyanyi sudah bersorak 
Suka berjanji dalam borak 
Bukan kata tak ada otak 
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam Melayu 
Ku lihat layu dalam Melayu 
Ku lihat layu dalam Melayu

Aku jadi sayu 
Bunga menangis dia mendayu 
Mahu jadi cantik tetapi ragu 
Aku merayu 
Bangunlah semula hidup kembali 
Jangan tunggu matahari mati 
Cepatlah mekar sebelum terlerai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai 
Kerana hanya yang cekal dan tabah 
Dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya

Tuesday, January 15, 2013

when u read, read carefully.

Listen listen listen listen.


I also got problem. I malas nak update my blog. Anyone want to fight for my right?
Org yang ada blog semua rakus update blog. Tp bkn saya. Ada sesiapa boleh bantu saya?


Please kak pah, mmg Malaysia tak boleh disamakan dengan negara lain, mgkin sbb faktor budaya, sosiologi, agama dan geografi. Itu pasti. Tetapi yang tak logik nye kak pah nak samakan manusia dengan haiwan? oh, O level punye orang bijaknye~ universiti mana? lepas tu rasuah galaxy note? 


MMPUUM, shame on you, kerana membiarkan ahli anda di-trash sedemikian rupa. and of all people yang dalam dewan tu, semua bersorak tepuk tangan? apahal? banyak telan ubat gigi ke sampai otak dan akal tak boleh membezekan mana fakta? kak pah buat bunyi burung dalam dewan, korang tak bantah. aku tataw la nak cakap apa korg ni. 


bawani, i do support your courage to voice out your opinion, after all its a mahasiswa forum. ok, tp jgn emosi. terang elok-elok, slow-slow ye. bahasa melayu kamu way much better than kak pah. ini baru lah warganegara Malaysia. 1Malaysia, 1Bahasa. ye tahniah.


kak pah, melayu rojak, english... entah. omputih gelak aje.


Kalau hidup sekadar hidup,
babi di hutan juga hidup.
Kalau bekerja sekadar bekerja,
kera di hutan juga bekerja.
Kalau mahasiswa setakat belajar,
Lembu di padang juga belajar.


^kopipes.


dah, jgn respon post ni. aku bg galaxy note karang. bye.
x

Wednesday, January 9, 2013

tekanan perasaan. sebab memendam rasa. orang cakap, yg depan2 happy ni selalu sedih di belakang tabir. taknak nafikan apa-apa, just redha

Wednesday, November 28, 2012

3rd


happy 3rd anniversary to us.
not as usual. 
not the same. 
but, trying damn hard to make all things better

*i don't want any other, just you.

Wednesday, September 19, 2012

Her day and My day

HAPPY BIRTHDAY TO MY FUTURE _______
InsyaAllah :)

Selamat Hari Jadi ye sayang, 3 kali dah. Tp tahun pertama je kita celebrate. 
Takpelah, masa banyak lagi kan :)


Semoga segala yang terbaik hanya utk awak k. I love you.  Present tahun ni? 

TAKDE

Now you a year ahead. 23 23 23 23 23 23 23 23 23.<--- tua
I? 22 22 22 22 22 22 22 <--- muda

Sekian 


19/9/2012

Marks the day of  the battle. Every year in my life

Final Examination Sem 1 2012/2013

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Aminnnnnnn~~

Friday, August 24, 2012

Off topic

Ada sesape yg kat sini nak tgok hantu? ada caranya. mari kita belajar dan amalkan <--- gila



ada manusia yang dilahirkan dengan pelbagai kelebihan. ada juga dgn kekurangan. ada juga yang menyalahgunakan kelebihan yang ada. tidak kurang juga yang tidak pernah bersyukur atas kelebihan atau apa yang ada. post ini sekadar hiasan. terima kasih

Cara yang pertama: Semasa mandi mayat, ambil sedikit air mayat yang melimpah dan sapu di kedua-dua kening anda.

ada yang mengatakan sapu di kelopak mata. ada juga yang mengatakan sapu di bawah mata. tataw mana betul. nak mujarab titis je dalam mata. takpun injek. senang cter.

Cara yang kedua: Ambil air mata anjing yang menyalak di tengah bulan mengambang dan sapukan di bahagian bawah mata.

yang ni petua org cina. tataw betul atau tak

Cara yang ketiga: Berdiri di tengah-tengah hutan di belakang rumah anda (jika anda tinggal di kampung) pada tengah malam dan baca ayat pertama surah Al-Jin 7 kali sambil pejam mata anda. Selepas selesai membacanya, buka mata dan pandang ke tepi anda. Pasti anda akan nampak hantu.


tak pernah try. tataw dtg dr mana pendapat ni. sape yg try sila drop testimoni anda disini. terima kasih

cara yang keempat: mohon la kepada Allah supaya hijab mata anda dibuka. buatlah solat hajat ke ape. tp sebelum tu buat la solat istikharah dulu. pastikan adakah itu yg terbaik utk anda atau tidak.


Disclaimer: kalau tak cukup ilmu di dada jangan pandai-pandai cuba. post ni cuma sekdar knowledge. kesahihannye Wallahualam bissawab. tp kalau tak sahih takkan menda ni wujud ye dak? sape-sape yg baca lepas tu gatal try, jangan salahkan saya. terima kasih



Pesanan empunya blog: Hijab mata ditutup bersebab. ilmu Allah itu luas. apa yang manusia tahu itu adalah apa yang dibenarkan oleh Allah sahaja. Sesungguhnya Dia lagi Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.


Monday, August 6, 2012

kehilangan

4 Ogos 2012. Tidak ku sangka pada pukul 2.02 ptg, aku menerima panggilan daripada saudara sendiri, menangis memberitahu bahawa satu lagi tragedi hitam berlaku. aku kehilangan seorang lagi pendidik dalam hidupku, kali ini seorang guru agama yang aku sanjungi. Dia yang mengajar ku mengenal alif ba ta, mengenal Al-Quran, mengenal apa itu ibu bapa, mengenal betapa pentingnya keluarga. dia lah yang mengajar aku mengaji Al-Quran, sehingga aku lancar membaca, dan sehingga aku mampu mengajar anak muridnya yang lain. Dia lah yang aku tiak tok chen, atok, tok, ayahanda kepada ayahanda kandungku.


berita mengejut melalui panggilan daripada saudaraku yang sedang meraung menangis mengatakan "afiq, atok dah takda". lantas aku menengkingnya dgn kuat mengatakan, "bohong! atok dah sehat tggu nak keluar hospital je". 


lantas aku termenung memikirkan bahawa aku mempunyai ujian pada 2.30 ptg. namun aku gagahkan juga diriku call ibu dan bertanyakan kesahihan berita itu. namun ibu mengatakan, "ibu sendiri tataw, ibu baru parking kereta kat hospital".


menurut cerita ahli keluarga, ibuku seperti hilang akal bertanyakan jalan bagaimana utk memberitahu aku yang akan menghadapi ujian kemudian. kerana ibuku tau, rapatnya aku dengan atokku, tempat ku bermanja daripada berumur 5 tahun hingga 12 tahun. apabila saudaraku mengatakan bahawa afiq sudah tahu, ibu tidak dapat menahan marahnya dan menempelak saudara yang memberitahu aku.


lalu ibu call, dan mengatakan sepatah, "betul". "Lailahailallah muhammadurasulullah". itu sahaja yang aku mampu katakan lalu aku menangis. ibu cuba menenangkan aku dan mengatakan, "afiq ada exam kan, afiq buat exam baik2, igt atok nak tgok sgt afiq berjaya". aku menangis dan mengatakan "afiq balik sekarang afiq tak pedulik. biarlah exam afiq tak kira". lalu ibu menangis mengatakan "afiq jgn la mcm ni, afiq yang exam ibu yg risau, jgn la buat perkara gila afiq, tolonglah ibu merayu sgt2". 


kemudian aku pergi ke venue exam. selangkah keluar daripada lif aku terjelepok, pitam sebentar. lalu seorang cina dan merenjis air lalu memberiku minum. tanpa fikir panjang aku minum walaupun ketika itu puasa. lalu ku beritahu pensyarah ku bahawa atokku meninggal dan aku mahu pulang. dia hanya mengangguk dan mengatakan, bawa balik surat kematian. 


kemudian dtglah saudaraku drpd uitm lendu, kami pulang ke johor bahru. perjalanan dirasakan amatlah jauh dan panjang, walaupun kereta dipecut selaju 170km sejam. tidakku peduli keselamatan ku lagi ketika itu, aku cuma ingin pulang. 


sesampai di johor, jenazah telah dikebumikan. aku melangkah ke tanah merah tanpa airmata, tanpa rasa sedih. lalu aku dihulur air mawar utk disiram dan aku menyiram tanpa air mata. dan aku termenung diam. ketika mahu pulang, aku bersalam dgn bapa saudaraku, dan dia lantas memeluk aku. tak dapat ku tahan air mataku dan terus aku menangis teresak-esak mengatakan, "org yg menjaga afiq dr kecik dah takde, takkan afiq tak boleh sedih" pelukkan semakin kuat dan basah baju melayu bapa saudaraku oleh air mata. 


antara kata-kata terakhir atok yg tak mungkin aku lupa sampai bila-bila


Atok : atok dah nak mati ni, tak percaya tengoklah
Afiq : atok janganlah, mak dah takde, atok pulak nak pergi
Atok : atok nak jumpa mak, bulan 8 ni.


aku terlalu rindukan arwah mak. sunyi hidup aku takda dia. 
bagi ayah handphone ayah, ayah nak tgok gambar mak dgn anak-anak buat kali terakhir
kalau ayah dah takda, jangan nangis-nangis, redhakan ayah pergi. ayah nak jumpa mak
aku igt semalam lagi aku dah jumpa mak, rupanya hidup lagi aku
kalau aku mati pun aku redha, isteri dah takda, anak-anak dah kahwin dan berkeluarga. 


Atok, afiq redhakan pemergian atok. atok terlalu rindukan arwah mak, atok terlalu rindukan kematian. malah atok tau waktu kematian atok, atok pergi dengan tenang tanpa seksa sakaratulmaut. atok pergi dalam iman, iman atok memudahkan atok pergi kembali kepadaNya. bangga cucu atok mempunyai seorang atok yg hidupnya susah daripada dulu tetapi anak-anaknya berjaya. garangnya atok membuatkan cucu atok lari dari rumah, namun cucu-cucu atok berjaya. 


Tinggallah atok bersama mak ya. itu yang atok mahukan selama ini kan? malah atok membersihkan lot kubur sebelah kubur mak, seminggu sebelum, seolah-olah atok tahu atok akan pergi. 




Haji Hussain b. Maulud
1936-2012
Al-Fatihah